Total Pageviews

Sunday 3 April 2016

Laporan palsu akibat kalah judi

judi

SEREMBAN - Kalah bermain judi menyebabkan seorang anggota tentera sanggup membuat laporan palsu kepada polis kononnya dia disamun sekumpulan penjenayah bersenjatakan pistol kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 26 tahun itu mendakwa disamun ketika sedang menunggang motosikal berdekatan Klinik Kesihatan Senawang, di sini, pada jam 2 petang.
“Dia buat laporan polis mengatakan telah disamun lima penjenayah yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna merah dengan nombor pendaftaran yang tidak pasti.
“Dalam kejadian itu, dia beritahu dua suspek telah mengacukan pistol di bahagian belakang badannya sebelum melarikan wang tunai RM120. Tapi dia tidak dicederakan,” katanya.
Muhamad Zaki bagaimanapun berkata, rahsia lelaki itu terbongkar apabila polis mendapati keterangan diberikan meragukan serta tidak konsisten.
Malah, katanya,  lelaki itu turut gagal menunjukkan tempat kejadian sebenar apabila diminta dan akhirnya mengaku membuat laporan palsu kerana kehabisan wang akibat kalah main judi.
“Tapi kita percaya ada motif lain di sebalik laporan polis dibuat. Selain menyiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, polis juga akan menyiasat mengikut Seksyen 182  kerana membuat laporan palsu," katanya di sini, semalam.
Sehubungan itu, Muhamad Zaki memberi ingatan dan amaran keras kepada orang ramai supaya tidak sesekali buat laporan palsu atas apa juga alasan kerana polis akan siasat secara menyeluruh setiap aduan.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil dan mereka mungkin berdepan hukuman penjara atas tindakan itu yang menyusahkan banyak pihak. opocot,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist