Total Pageviews

Saturday 24 August 2013

Suri Rumah dirogol lelaki yang mahu mengajarnya solat

[SH] SETIU- Hasrat seorang wanita berusia 23 tahun untuk belajar solat daripada seorang lelaki berusia 51 tahun menjadi detik malang buat wanita berkenaan apabila lelaki itu didakwa merogolnya.
Dalam kejadian di rumah mangsa pada malam Selasa lalu di Kampung Tapah, Chalok Barat di sini, mangsa yang juga suri rumah mendakwa dirogol lelaki yang datang ke rumahnya menggunakan alasan mahu mengajar mangsa solat.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya menghubungi suspek yang dikenali sebagai Pok Mat kira-kira jam 7.30 malam untuk menyelesaikan masalah keluarga.
Menurutnya, mangsa yang tidak bekerja kemudian keluar bersama suaminya berusia 30-an dan berjumpa dengan suspek.
“Apabila perbincangan selesai selang beberapa minit kemudian, suami mangsa pergi menggunting rambutnya di sebuah kedai berhampiran sementara mangsa pulang ke rumahnya bersama suspek berusia 51 tahun dengan menaiki motosikal selepas lelaki terbabit memberi alasan mahu mengajar mangsa bersolat.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju pulang bersama suspek dan sebaik tiba di rumah, dia diminta suspek memakai kain sarung sebelum meminta tidur di atas tilam, seterusnya dirogol,” katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chalok, Setiu pada keesokan harinya dan suspek juga dari kampung sama ditahan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.
SAMBUNG BACAAN....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist