Total Pageviews

Monday 12 August 2013

Indon terus cari mayat 2 kanak-kanak mangsa gunung berapi

MAUMERE (Indonesia): Pihak berkuasa semalam meneruskan usaha mencari mayat dua kanak-kanak yang menjadi mangsa letupan gunung berapi, Gunung Rokatenda, sedang letupan kecil terus didengar dari arah gunung itu.
Gunung Rokatenda, yang terletak di Pulau Palue, wilayah Nusa tenggara Timur, meletup awal pagi kelmarin dan membunuh enam orang.
Letupan itu menghamburkan abu dan asap tebal sekitar 2,000 meter ke udara.
Menurut Agensi Pengurusan bencana Indonesia, hampir 3,000 orang telah dipindahkan dari kawasan berdekatan gunung berapi yang bergegar sejak Oktober lalu itu.
Mangsa yang terkorban termasuk tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak, kata jurucakap agensi itu, Encik Sutopo Purwo Nugroho, sambil menambah usia mangsa keenam tidak diketahui.
Menurutnya, mayat mangsa dewasa sudah ditemui tetapi mayat dua kanak-kanak itu masih belum ditemui.
Ketua agensi bencana tempatan, Encik Tini Thadeus, semalam berkata beliau tidak yakin dapat menemukan mayat kedua-dua kanak-kanak itu kerana ia terkubur di bawah bahan gunung berapi yang panas.
Beliau berkata letupan kecil dapat didengar masih berlaku di puncak gunung, yang masih menghamburkan asap sekitar 600 meter ke udara.
"Tetapi semua penduduk kampung telah dipindahkan dari zon bahaya (dekat kawah gunung)," katanya lagi.
Letupan kelmarin berlaku selama sekitar tujuh minit, kata Encik Frans Wangge, yang mengetuai pondok pantauan gunung berapi.
Katanya, lava panas membakar pokok-pokok sekitar pantai dan kampung dan menyukarkan usaha untuk sampai ke tempat di mana mangsa terbunuh.
Gunung Rokatenda merupakan salah satu daripada 129 gunung berapi aktif di Indonesia.
Negara itu kerap mengalami gempa bumi dan letupan gunung berapi kerana kedudukannya di atas siri garis sesar (fault lines) yang dipanggil Lingkaran Gunung Berapi Pasifik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist