Total Pageviews

Thursday 1 August 2013

Agensi Keselamatan mengaku intip

an

BERI KETERANGAN: Timbalan pengarah NSA, Encik John C. Inglis, sedang memberi keterangan di Capitol Hill, Washington, kelmarin, sedang Jawatankuasa Risikan Senat menyoal siasat pentadbiran Encik Barack Obama perihal program pengintipan NSA. - Foto AP
ISU PENGINTIPAN AS

Kongres peroleh testimoni dedah agensi boleh baca dan simpan rekod panggilan telefon rakyat Amerika
WASHINGTON: Pasukan keselamatan kebangsaan Presiden Barack Obama buat kali pertamanya kelmarin, mengakui bahawa ia boleh membaca dan menyimpan rekod panggilan telefon jutaan rakyat Amerika Syarikat apabila menjalankan siasatan ke atas seorang suspek pengganas.
Pembentangan bukti kepada Kongres itu dibuat sedang rakyat Amerika semakin bimbang terhadap privasi mereka selepas butir-butir mengenai program intipan negara tersebut yang pernah satu ketika dirahsiakan, dibocorkan sejak beberapa minggu lalu.
Semalam, Presiden Obama mengundang para penggubal dasar dwipartisan di Rumah Putih untuk membincangkan program pengintipan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika.
Sejak didedahkan bahawa NSA menyimpan pangkalan data panggilan telefon setiap rakyat Amerika, pentadbiran Encik Obama berkata rekod-rekod itu jarang dicari dan disiasat.
Apabila ia terpaksa menjalani siasatan demikian, para pegawai hanya menyasarkan siasatan mereka terhadap suspek pengganas.
Namun, testimoni kepada pihak Kongres itu menunjukkan bagaimana mudahnya bagi pemerintah menganalisis corak panggilan telefon rakyat Amerika tanpa sebarang kaitan dengan pengganasan.
Ia didasarkan atas apa yang dikenali sebagai analisis "hop" atau "chain".
Apabila NSA mengenal pasti seorang suspek, ia boleh melihat kepada rekod panggilan telefonnya dan juga rekod setiap orang yang berhubungan telefon dengannya, setiap orang yang menghubungi orang-orang berkenaan - dan setiap orang yang menghubungi mereka yang dihubungi orang-orang itu.
Jika seseorang secara purata memanggil 40 orang, analisis itu akan membolehkann pihak pemerintah 'melombong' maklumat daripada rekod-rekod panggilan 2.5 juta rakyat Amerika, jika ia sedang menyiasat seorang suspek pengganas.
NSA berkata ia telah menjalankan 300 carian dalam pangkalan data telefonnya, tahun lalu.
Analisis carian itu boleh bermakna penelitian ke atas rekod-rekod telefon puluhan atau ratusan juta orang.
"Apabila anda melihat ke arah jangkauan program ini, ia merangkumi sebahagian besar warga Amerika," kata Senator Dick Durbin, ahli Demokrat nombor dua dalam Senat.
Encik John Inglis, timbalan pengarah NSA, berkata para pegawai NSA "cuba berlaku bijak" dalam menjalankan analisis itu.
Bagaimanapun, jaminan seperti itu tidak meredakan kritikan pedas daripada kedua-dua parti politik utama di Amerika berhubung program pengintipan NSA itu yang sebelum ini dianggap rahsia.
Minggu lalu, wakil-wakil Dewan Perwakilan mengundi sengit berhubung satu langkah membatalkan program pengintipan itu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist