Total Pageviews

Tuesday 30 July 2013

Dortmund tebus 'dendam' tewaskan Bayern


PIALA JADI PERANGSANG MUSIM BARU: Kapten Borussia Dortmund, Sebastian Kehl, menjulang Piala Super Jerman, selepas mengalahkan Bayern Munich dalam satu perlawanan hebat kelmarin.
DORTMUND (Jerman): Borussia Dortmund berjaya 'membalas dendam' atas kekalahan dalam final Liga Juara-Juara kepada musuh ketat, Bayern Munich, dengan memenangi pertandingan Piala Super Jerman 4-2 kelmarin.
Dengan kemenangan tersebut, Dortmund menafikan jurulatih baru Bayern, Pep Guardiola, piala pertamanya dan menimpakan kekalahan pertama ke atasnya sejak mengambil alih tugas sebagai jurulatih kelab Jerman itu daripada Jupp Heynckes.
Dortmund, yang bermain di padang sendiri, membuka jaringan pada minit keenam apabila penjaga gawang Bayern, Tom Starke, membuat kesilapan dan kemudian gagal menyelamatkan tandukan Marco Reus.
Robert Lewandowski menambah satu lagi jaringan beberapa minit kemudian tetapi gol itu tidak disahkan kerana beliau berada dalam keadaan ofsaid.
Namun, Bayern berusaha meningkatkan serangan dengan Arjen Robben, Thiago Alcantara dan Mario Mandzukic mengetuai barisan serangan tetapi gagal menembusi benteng Dortmund.
Dalam separuh masa kedua, perlawanan yang disaksikan lebih 80,645 penonton itu menjadi bertambah sengit dengan jaringan tiga gol dalam masa tiga minit.
Robben, yang menjaringkan gol kemenangan sewaktu kededua pasukan bertemu dalam final Liga Juara-Juara, menyamakan kedudukan menerusi tandukan ke penjuru gawang selepas menerima umpanan cantik Philipp Lahm.
Namun, selang beberapa saat kemudian, satu keadaan kelam-kabut di depan gawang Bayern menyaksikan pemain bek, Daniel van Buyten, tertanduk bola ke belakang yang hanya dapat diperhatikan Starke, yang menggantikan penjaga gawang utama, Manuel Neuer, bagi membolehkan Dortmund berada di depan semula.
Dortmund menjaringkan gol ketiganya selepas Ilkay Gundogan membuat tendangan menyerong ke sudut gawang.
Walaupun ketinggalan, Bayern terus meningkatkan serangan dan sekali lagi Robben memberi harapan kepada pasukannya apabila merapatkan jurang pada minit ke-60 selepas satu gerakan cantik dengan Lahm.
Pemain midfield Thomas Mueller hampir menambah satu lagi jaringan bagi Bayern tetapi percubaannya hanya singgah di palang gol.
Namun, Dortmund tidak membenarkan Bayern terus bangkit apabila pemain gantian, Pierre-Emerick Aubameyang, yang baru dibeli daripada kelab Saint Etienne, dari Perancis, membuat umpanan cantik kepada Reus untuk menjaringkan gol keempatnya.
Kemenangan itu memberikan permulaan yang memberangsangkan bagi Klopp menjelang bermulanya musim baru Bundesliga pada 9 Ogos in

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist